Pas Berhak Tuntut Jawatan MB Selangor

SHAH ALAM – Pas Selangor berhak menuntut jawatan Menteri Besar memandangkan parti itu berjaya memperolehi 15 kerusi Dun pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) berbanding lapan kerusi pada PRU12.

Abu-BakarYang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya berkata, dengan kelebihan yang ada pada Pas, PKR dan DAP tiada pilihan kecuali memberi laluan kepada parti itu mengepalai Selangor.

Bagaimanapun katanya, kewibawaan Pas akan hilang sekiranya Pas gagal menuntut hak tersebut memandangkan sepanjang penggal lalu Pas banyak bertolak ansur dan hanya menurut segala keputusan yang dibuat.

“Itu sewajarnya kerana rakyat sokong dan undi Pas, sebab hendak melihat Pas memerintah Selangor. PKR dan DAP perlu bagi laluan kepada Pas.

“Kalau betul-betul memartabatkan Islam, Pas kena sedar diri, tunjukkan kehebatan dan kemampuan mereka mentadbir Selangor berlandaskan Islam dan mendukung Islam seperti pegangan parti itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Abu Bakar berkata, selaku badan bukan kerajaan (NGO) yang mengangkat Islam dan Melayu, Perkasa menyokong sekiranya calon Pas dipilih menjadi Menteri Besar.

Beliau berkata, Pas Selangor perlu mengambil peluang tersebut kerana ALLAH sudah menunjukkan kemenangan berpihak kepada Pas iaitu daripada lapan kerusi pada PRU12 kepada 15 kerusi pada pilihan raya kali ini.

“Dulu Pas hanya ada lapan kerusi, tidak boleh buat apa-apa dan tidak boleh cakap apa-apa tetapi sekarang kerusi Pas banyak.

“Tetapi kalau Pas tunduk lagi pada PKR dan DAP, orang Melayu Islam dalam mungkin akan lari dan kecewa dengan parti itu,” katanya. – Sinar Harian Online

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.