PAS bantah tuntutan COMANGO

KUALA LUMPUR: PAS hari ini mendesak badan bukan kerajaan (NGO) COMANGO untuk merujuk kepada Perlembagaan Malaysia terlebih dulu sebelum mengusulkan sebarang permintaan yang bertentangan dengan dengan amalan ajaran Islam di negara ini.
NasrudinHassan-GreenBG-450pixel
Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan Tantawi berkata tindakan COMANGO yang mengusulkan beberapa perkara ke Proses Semakan Berkala (UPR) Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR) di Geneva, Switzerland hari ini sewajarnya tidak berlaku.

PAS membantah gesaan yang dibawa NGO berkenaan untuk mengiktiraf hak golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT), dan mempertikaikan peruntukan yang terdapat Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah termasuk beberapa keputusan Mahkamah Syariah berkenaan isu kalimah Allah, pengharaman Syiah, dan hak Muslim menukar agama anak bawah umur kepada Islam.

“Kami turut mendesak agar campurtangan atau tekanan luar terhadap keputusan yang telah diambil melibatkan Islam tidak wajar dilobi ke peringkat antarabangsa memandangkan is harus ditangani secara ilmiah di negara ini disamping mewujudkan perundingan bersama di setiap peringkat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Parlimen.

Beliau bagaimanapun berkata turut menyokong usaha sesiapa sahaja yang memperjuangkan hak asasi manusia, asalkan ia tidak bercanggah dengan amalan Islam.

“Islam menyanjungi kemuliaan manusia dan menolak segala bentuk kezaliman yang dilakukan,” katanya.

NGO berkenaan turut menggesa agar Malaysia menandatangani International Covenant on Civil & Political Right (ICCPR) yang mengandungi peruntukan kebebasan beragama.

Untuk rekod, perbahasan berkenaan NGO berkenaan semalam dibangkitkan oleh Ahli Parlimen Tanjong Karang Datuk Seri Noh Omar di Dewan Rakyat dan mencetuskan pertikaman lidah apabila beliau bertanyakan soalan sama ada beberapa pemimpin pembangkang menyokong perkahwinan sejenis.

Noh ketika sidang medianya turut mendakwa ancaman perpecahan agama merupakan ancaman terbaru yang mula menular di Malaysia dan tuntutan NGO itu merupakan virus yang mula menular terhadap ancaman berkenaan.

“Pada pandangan saya ancaman akan datang daripada perpecahan agama. Sebab dah ada virus. Terbukti bila ada sekumpulan rakyat Malaysia ke Geneva bawa isu hak asasi berkenaan perkara itu,” katanya.

Pihaknya bagaimanapun berkata, meskipun ada beberapa isu yang di bawa kumpulan berkenaan turut disokong kerajaan, isu sensitif seperti kebebasan beragama dan amalan seks songsang tidak seharusnya dipersoalkan.

“Ada beberapa isu yang kita sokong tapi jangan bawa isu sensitif, LGBT. Ini kita tak boleh terima. Isu kesamarataan agama,” kata bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu lagi.

Sebelum itu, di dalam perbahasan Dewan Rakyat di Parlimen, Kuala Lumpur Noh bertelagah dengan pemimpin pembangkang dari Pakatan Rakyat (PR) selepas bertanya pendirian Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin sama ada beliau menyokong perkahwinan sejenis.

Noh kemudiannya sekali lagi bertanyakan kepada ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sama ada menyokong kegiatan liwat.

“Saya tanya adakah Yang Berhormat sokong liwat. Kalau sokong-sokonglah tak sokong tak mengapa,” kata Noh kepada Nurul Izzah.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.