Padah elak sekatan jalan JPJ

SEORANG daripada mangsa mengalami kecederaan di kepala sedang dirawat di PMUM

SEORANG daripada mangsa mengalami kecederaan di kepala sedang dirawat di PMUM

Petaling Jaya: Dua remaja parah apabila motosikal yang ditunggang mereka merempuh dua kereta selepas didakwa dibaling dengan lampu mata arah (beacon) oleh anggota penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sekatan jalan di Plaza Tol Taman Medan di sini, malam semalam.

Dalam kejadian 9 malam minggu itu, kedua-dua mangsa yang berusia 15 tahun dikatakan cuba mengelak sekatan jalan JPJ dengan melalui lorong tunai di plaza tol berkenaan sebelum motosikal itu terbabas dan melanggar dua kereta yang sedang diperiksa.

DUA remaja menaiki motisikal terbabas dan rempuh dua kereta di di Plaza Tol Taman Medan, Petaling Jaya, malam semalam.

DUA remaja menaiki motisikal terbabas dan rempuh dua kereta di di Plaza Tol Taman Medan, Petaling Jaya, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, mangsa yang parah di bahagian kepala akibat kemalangan itu dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk rawatan.

“Kami akan menyiasat dakwaan bapa mangsa itu. Buat masa ini keterangan daripada kedua-dua mangsa belum dapat diambil kerana masih menerima rawatan di PPUM,” katanya dalam satu kenyataan, malam ini. – HMetro

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.