Ozil mampu tamat sumpahan Arsenal

PEMAIN tengah Real Madrid, Sami Khedira berkata Mesut Ozil mampu menamatkan kemarau trofi Arsenal, musim ini.

Khedira berkata, bekas rakan sepasukannya di Santiago Bernabeu itu memiliki segala kualiti diperlukan The Gunners.
image (4)
Menurutnya, Ozil umpama jawapan kepada teka-teki yang menghantui Arsenal selama lapan musim tanpa sebarang gelaran.

“Arsenal sudah memiliki pasukan mantap, tapi kehadiran Ozil membuatkan mereka jadi lebih bagus.

“Ozil pemain yang genius. Arsenal sangat beruntung memilikinya,” ujar Khedira.

Sejak menyertai Arsenal bulan lalu, Ozil tampil cemerlang dalam setiap perlawanan dan terbaru pemain tengah Jerman itu berjaya menjaringkan gol pertamanya ketika The Gunners mengalahkan Napoli 2-0 pada aksi Liga Juara-Juara.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.