Obama selamatkan wanita hamil

WASHINGTON D.C – Seorang wanita hamil mengucapkan terima kasih kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama kerana memegangnya sebelum dia pengsan ketika beliau berucap di White House di sini kelmarin.

article-2470278-18E2DBCE00000578-831_634x424Wanita berkenaan, Karmel Allison yang berasal dari San Diego mula berasa pening semasa berdiri di belakang Obama pada acara tersebut.

Dia dijemput ke White House selepas menulis komen positif di sebuah laman blog tentang pelan insurans tentang penjagaan kesihatan yang diperkenalkan oleh Obama.

Pelan tersebut lebih dikenali sebagai Obamacare.

Pada pengakhiran ucapan tersebut, Allison kelihatan terhuyung-huyung dan berusaha untuk tidak rebah.

Obama berpaling dan memegangnya serta berkata: “Saya dah dapat awak, awak okey”

“Inilah yang berlaku apabila saya bercakap terlalu lama,” tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, pihak White House menyatakan bahawa Allison menghidap diabetes apabila dia berusia sembilan tahun.

Dia kemudian diiring keluar dari acara itu.

Allison mengucapkan terima kasih kepada Obama melalui satu mesej di laman Twitter kerana membantunya. – Agensi

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.