Nurul Izzah yakin ibu mampu bahagi masa

image (8)

PERMATANG PAUH – Anak sulung calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yakin pengalaman ibunya sebagai ahli politik selama 17 tahun ​mampu menguruskan masa dengan baik.

Pengarah ​pilihan raya yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkata, pengalaman ibunya menjurus kepada pengorbanan dan selama ini berjaya bertahan sebagai pemimpin pembangkang​.

“Walaupun ​terpaksa menggalas amana​h sebagai Presiden PKR​, Adun Kajang dan ketua keluarga, ibu pandai membahagikan masanya ​berdasarkan pengalaman sedia ada,” katanya ke ​pada Sinar Harian di sini, semalam.

​Menurutnya, Dr Wan Azizah dicalonkan semula untuk untuk memberi pembelaan kepada bapanya yang dipenjarakan.

“Rakyat tahu Anwar Ibrahim dipenjarakan dan dirampas daripada ​kami tetapi kita bergerak satu langkah ke ​hadapan untuk kerusi yang disandang nya sebelum ini,” ​ ​katanya.

Menurutnya​, semua ​adik beradi​​k dan ahli keluarga​ sentiasa bersatu dengan ​ibunya untuk membela Anwar ​dengan memastikan kemenangan ​PRK Permatang Pauh.

“Sepanjang tempoh berkempen, ​s​aya, Nurul Nuha, Nurul Iman dan suaminya dari​ semasa ke se​masa akan bergilir- gilir ​me​nemani ibu untuk turun padang di Permatang Pauh.

“​Se​bagai ketua keluarga dan ​m​emegang beberapa jawatan​, BN tidak boleh menjadikannya sebagai alasan Dr Wan Azizah tidak sesuai me​njadi Ahli Parlimen Permatang Pauh​,” katanya​.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.