Norman Hakim dan Memey Suhaiza telah memuat naikkan wajah anak kedua mereka di laman sosial instagram milik Norman Hakim untuk para peminat yang sering bertanya bilakah dapat mereka melihat wajah ` orang baru’ dalam keluarga Norman Hakim itu.
Menerusi Instagramnya itu juga, Norman memuat naikkan foto bekas isterinya Abby Abadi yang datang melawat Memey.
Pada masa yang sama, Norman Hakim memberitahu mereka masih lagi mencari nama yang sesuai dan akan memaklumkannya setelah bayinya itu berusia tujuh hari.
Norman Hakim dan Memey Suhaiza yang mendirikan rumahtangga pada 2011, memiliki seorang putera bernama Mohamed Darwisz Hakim.
0 comments