Nora Danish bakal berhijab?

image (6)

KISAH selebriti berhijrah bukanlah perkara baharu di negara ini. Lihat sahaja jelitawan seperti Neelofa, Rozita Che Wan dan Erra Fazira yang sudah mengambil keputusan untuk berhijab. Malah keputusan mereka itu nyata mendapat sambutan baik di kalangan peminat dan masyarakat.

Terbaharu, penampilan aktres Nora Danish dalam busana Muslimah ketika menghadiri majlis sebagai duta Safi baru-baru ini, turut mendapat perhatian ramai.Tampil sopan dan ayu dengan tudung dan jubah berwarna peach, ramai yang mengharapkan imej itu kekal dengan dirinya.

Malah menerusi Instagram miliknya, rata-rata peminat memuji dan mendoakan pelakon kesayangan mereka ini meneruskan imej sedemikian.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Nora berkata, dia sangat menghargai sokongan peminat ke atas dirinya selama ini dan dia tidak menolak untuk ke arah itu (bertudung) sekiranya sudah bersedia nanti.

“Memang saya tahu ramai peminat yang suka saya bertudung. Tapi kalau boleh biarlah saya membuat keputusan bukan kerana mereka.

“Saya tahu bertudung itu memanglah wajib dan saya tidak menolak untuk bertudung bila sudah sedia nanti. Lagipun banyak lagi perkara yang perlu saya belajar,” katanya.

Beralih mengenai perkembangan seninya, kata Nora, sejak awal Ramadan lagi, dia tidak mengambil sebarang tawaran lakonan kerana mahu berehat dan fokus terhadap ibadah puasa.

Malah kesempatan yang ada turut dilakukan untuk menguruskan kafe Kopi N XOXO miliknya yang terletak di Bangsar.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.