Neymar Perkenal But Baharu Nike

Neymar-Nike-Jordan-V

Barcelona – Penyerang sensasi Barcelona Neymar bekerjasama dengan Michael Jordan untuk menjadi pemain bola sepak pertama memakai but Nike yang mengandungi rekaan logo legenda bola keranjang itu.

Neymar akan memakai kasut yang diilhamkan oleh ‘Jordan V’, dengan imej nombor 23 tertera pada sebelah kasut dan nombor 10 miliknya sendiri pada sebelah lagi.

Logo ‘Jumpman’ yang sinonim dengan legenda bola keranjang Amerika Syarikat itu turut kelihatan pada kasut terbabit, serta bendera Brazil dan nama singkatan anak Neymar, Davi Lucca.

Nike, berkata jenama Jordan juga akan melancarkan kasut edisi jalanan dengan jahitan ‘Neymar’ di bahagian lidah kasut.

Bintang Barcelona itu bagaimanapun tidak akan beraksi di Copa America Centenario yang akan bermula esok, sebaliknya diberi tanggungjawab mengetuai pasukan Brazil di Sukan Olimpik Rio, Ogos depan. – AP

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.