Nemanja Vidic Tekad Tinggalkan Man Utd

MANCHESTER – Kapten Manchester United, Nemanja Vidic akan meninggalkan kelab itu penghujung musim ini selepas lapan tahun beraksi.

nemanja-vidicPengurus United, David Moyes sebelum ini pernah menegaskan beliau mahu Vidic untuk terus bersama namun pemain pertahanan 32 tahun dari Serbia itu hari ini mengumumkan rancangannya untuk meninggalkan United selepas kontraknya tamat.

“Saya sudah memutuskan untuk beralih selepas tamat musim ini,” kata Vidic.

“Saya mencabar diri saya untuk cuba melakukan yang terbaik dalam masa akan datang ini. Saya tidak bercadang untuk terus berada di England kerana (United) ia satu-satunya kelab yang saya mahu beraksi. Saya sungguh bertuah kerana menjadi sebahagian kelab ini untuk tempoh yang lama,” katanya.

Inter Milan sebelum ini mencadangkan bahawa destinasi terbaik Vidic ialah berpindah ke kelab itu yang dilaporkan sudah mula berbincang mengenainya.

Vidic memainkan peranan utama bagi United memperoleh trofi kejuaraan sejak mula ke Old Trafford pada 2006 dari Spartak Moscow.

Vidic bersama United menang kejuaraan Liga Perdana Inggeris lima kali serta menjuarai Liga Juara-Juara Eropah dan Piala Kelab Dunia. – AFP

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.