Neelofa Tolak Salam Lelaki, Belajar Dari Kesilapan

neelofa_abpbh

Mengambil iktibar daripada kejadian yang pernah terjadi sebelum ini, tindakan Neelofa tidak mahu bersalaman dengan pengurusnya baru-baru ini mendapat reaksi berbaur daripada peminatnya malah ada yang menyifatkan pengacara dan pelakon ini seperti mahu tunjuk alim.

“Saya belajar dari kesilapan lepas ketika Anugerah MeleTOP tempoh hari, di mana tindakan saya menyambut salam Datuk AC Mizal mengundang kritikan ramai. Apabila ia mula kecoh di media sosial, saya jadi terkejut. Saya tidak sangka hal ini pun akan jadi satu isu”

“Memang tak terlintas langsung dalam fikiran perkara itu menarik perhatian dan jadi bualan umum. Saya memang buat perbuatan itu malam tadi (kelmarin). Ia memang sengaja saya lakukan. Cuma yang saya tidak sangka perkara itu diperhatikan dan menjadi bualan pula,” jelas Neelofa.

Bagaimanapun, Neelofa mengakui terdapat kesilapan daripada dirinya apabila dia menyambut pula salam daripada pengarah Michael Ang dan menjelaskan akan cuba memperbaiki dirinya agar perkara yang sama tidak kembali berulang. – Harian Metro

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.