Neelofa Tak Dapat Hadiah Daripada Hans Isaac?

MENGINJAK usia 25 tahun pada 10 Februari lalu, pelakon dan pengacara popular, Neelofa telah meraikan hari istimewanya itu di sebuah hotel terkemuka bersama keluarga dan pihak media.

GUA_Neelofa_999624693-565x318Sebenarnya, dia yang baru sahaja terpalit dengan isu kontroversi berkaitan busana ‘pelik’ pada malam Anugerah Meletop Era beberapa hari yang lalu tidak mahu membuat sebarang sambutan.

“Saya sebenarnya tidak mahu mengadakan sambutan hari jadi seperti yang diadakan pada Ahad lalu. Maklumlah usia pun dah meningkat. Saya pun sudah berpesan kepada keluarga supaya tidak buat sebarang sambutan.

“Sebelum menghadiri majlis tersebut, emak saya beritahu ia hanya makan malam untuk keluarga sahaja. Tak sangka mereka buat juga sambutan hari jadi dengan menjemput pihak media bersama-sama. Walau apa pun, saya hargai usaha mereka itu,” jelasnya menerusi portal GUA.

Ditanya mengenai hadiah dari teman ‘istimewa’nya, Hans Isaac, aktres itu memberitahu yang dia tidak mendapat apa-apa dari jejaka itu.

Hai, takkanlah tak ada? Tapi, kalau ada sekalipun, mungkin Neelofa tak mahu kecoh-kecoh kot.

Apa pun, kami doakan semoga karier Neelofa terus berkembang selari dengan kematangan usianya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.