Neelofa Panik Bila Usia Umur 30

neelofa1

PENGACARA jelita Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa binti Mohd Noor, 27, mengakui dirinya berasa risau dan panik jika tidak bertemu dengan jejaka pilihan hatinya menjelang umur 30 tahun.

“Sekarang ini, memang saya masih belum mempunyai kekasih. Kalau kita ada kekasih hati, sudah tentu kita mahu membawa hubungan itu ke arah yang lebih serius dan mendirikan rumah tangga bersamanya.”

“Saya akan lebih risau dan panik jika saya masih tidak bertemu jodoh apabila usia saya menjangkau 30 nanti. Dan pada masa itu saya akan memikirkan isu ini dengan lebih serius.”

Tambah Neelofa, dia hanya mahu memberikan sepenuh perhatiannya buat masa ini kepada kerjaya dan pernigaannya. Dia juga mempunyai hasrat yang tinggi untuk membuka butik hijabnya di New York.

“Buat masa sekarang, biarlah saya fokus dengan kerjaya dan pernigaan saya. Masih banyak yang perlu saya kecapi, termasuklah membuka butik tudung di New York, doakan supaya saya terus berjaya”.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.