Neelofa Akui Hans Isaac Setia Dalam Bercinta

Hans-isaac-dan-neelofa-565x413AGAK sukar sebenarnya untuk melihat pelakon dan pengacara, Noor Neelofa atau Lofa, 25, berbicara secara terbuka mengenai hubungan cintanya dengan pelakon kacak Hans Isaac, 43.

Bagaimanapun, menerusi sisipan B*POP, dia dilihat mula berterus-terang mengenai perasaannya.

Ditanya mengenai status mereka kini, Lofa menjawab ‘OK’ dan sudah mula kenal diri Hans sejak mengenalinya tiga tahun lalu.

Menurutnya, ciri-ciri jejaka itu yang ‘gentleman’, matang, mudah beralah dan kreatif adalah antara faktor dia tertarik padanya.

“Selama ini, dia setia dalam bercinta,” ujarnya.

Apabila diajukan perihal lamaran, Lofa berkata biarlah Hans yang akan menjadi orang pertama yang akan tahu keputusannya nanti.

Apa pun, kami berharap hubungan pasangan ini akan kekal sehingga ke jinjang pelamin.

Jika benar, maka berakhirlah penantian Hans yang kerap gagal dalam percintaannya sebelum ini…

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.