Napoli masih bernafsu

SETELAH berbelanja besar sekitar £76.5 juta (RM415 juta) di awal musim untuk mendapatkan beberapa bintang seperti Gonzalo Higuain, Jose Callejon, Dries Mertens dan Raul Albiol, Napoli dilaporkan bersedia ‘membeli-belah’ pada bursa jual beli pemain yang dibuka semula bermula semalam.

Juan Mata (kanan) menjadi sasaran terbaru Napoli.

Juan Mata (kanan) menjadi sasaran terbaru Napoli.

Presiden Napoli, Aurelio De Laurentiis berkata, beliau tetap akan mendapatkan beberapa lagi bintang baru bagi menguatkan cabaran pasukannya.

Namun, beliau akan lebih berhati-hati untuk memilih pemain yang benar-benar mampu memberi impak kepada pasukan.

“Kami akan mendapatkan pemain yang kami inginkan. Terlalu banyak pilihan yang ada untuk kami bawa ke Kota Naples.

“Tetapi, saya akan memilih pemain yang terbaik sahaja untuk dibawa ke sini,” katanya.

Dikhabarkan antara muka-muka baru yang menjadi sasaran kelab Itali itu ialah Juan Mata dari Chelsea serta tonggak tengah Manchester City, Javi Garcia.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.