Nak Ikut Pak Nil Belayar, Kena Patuhi 2 Syarat

AznilSelepas kejayaan mengadakan Pakej Percutian Muslim Star Cruises bersama peminatnya pada tahun lepas, Datuk Aznil Hj Nawawi, 45, atau lebih dikenali dengan Pak Nil sekali lagi melancarkan pakej pelayarannya bersama peminat.

Pelayaran yang akan diadakan pada April depan ini menjanjikan kejutan sekaligus keseronokkan yang lebih berbanding pelayaran tahun lalu. Lebih istimewa, segala aktiviti sepanjang di atas kapal dirancang sendiri oleh Pak Nil.

Bagaimanapun bagi peminat yang ingin mengikuti percutian eksklusif ini mestilah bersedia mengikut dua syarat yang ditetapkan pengacara nombor satu tanah air ini.

“Kepada peminat-peminat yang nak sertai saya, saya kenakan dua syarat kepada mereka semasa pelayaran nanti iaitu tak boleh duduk sahaja di dalam bilik dan mereka harus sporting!

“Saya pasti pelayaran kali ini akan lebih menyeronokkan. Kalau tahun lalu kita adakan acara pakaian pijama, sesi bertukar-tukar hadiah, makan malam bersama dan berborak santai.

“Kali ini saya akan berikan satu kelainan. Makan malam bersama tetap ada. Selain tu kita akan buat sesi fotografi yang sangat luar biasa. Kita juga ada aktiviti permainan dan pertandingan. Saya tak mahu beritahu lanjut kerana adalah kejutan istimewa buat peminat-peminat”, kata Aznil ketika ditemui pada sidang media pelancaran pakej pelayaran Star Cruise ke Penang-Langkawi-Phuket bertempat di Saloma Bistro, petang semalam.

Pada masa sama, berkongsi sedikit pengalaman pelayaran lalu, kata Pak Nil, beliau seronok apabila berpeluang merapati peminat-peminatnya. Malah sepanjang pelayaran mereka bagaikan sebuah keluarga.

“Paling seronok bila di waktu malam, kami lepak di tepi kolam renang dan berbumbungkan langit yang dipenuhi bintang. Kami berborak dan bergelak.

“Mereka bertanya saya tentang macam-macam yang mereka ingin tahu tentang saya. Ada yang bertanyakan saya, tak teringin ker nak kahwin lagi? Macam mana saya jaga penampilan? Saya ni pakai botox ker? Satu momen yang sangat intim antara saya dan peminat”, tuturnya.

Dalam pada itu Pak Nil juga berkata orang ramai patut mencuba percutian atas kapal ini dan membuang tanggapan negatif.

“Apalah ertinya sebuah percutian itu kalau kita diselubungi dengan rasa ragu-ragu. Menerusi pakej pelayaran bersama Kapal Superstar Libra ini, anda tidak perlu rasa was-was untuk menjamu selera kerana kapal ini dilengkapi dengan sebuah restoran makanan halal yang telah menerima sijil Halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Selain itu kapal Superstar Libra baru-baru ini telah dinaiktaraf dan diubahsuai untuk memberikan keselesaan yang baru kepada semua penumpang,”katanya.

Pelayaran anjuran Star Cruises, Malaysian Harmony Tour & Travel Sdn Bhd dan Santai Travel. Selama 4 hari 3 malam, pakej percutian ini akan diadakan bermula 6 hingga 9 April 2014 dengan harga RM1199 untuk seorang. Maklumat lanjut, layari..- Malaysian Digest

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.