Najmi ‘gentle’ walaupun kalah

BALING – Calon Pas Parlimen Baling, Brig Jen (B) Datuk Najmi Ahmad bersikap ‘gentle’ kerana berani tampil walaupun beliau tewas kepada calon BN Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abd Rahim dengan majoriti 5,185 undi.

Azeez (kanan) mengatakan sesuatu kepada Najmi semasa menunggu keputusan penuh bagi kawasan Baling.

Azeez (kanan) mengatakan sesuatu kepada Najmi semasa menunggu keputusan penuh bagi kawasan Baling.

Najmi, yang juga bekas Pengarah Kor Angkatan Tentera Malaysia (Kagat) dilihat bersalaman dan mengucapkan tahniah kepada Abdul Azeez di pusat penjumlahan undi, Dewan Tun Abdul Razak, kira-kira 12.30 malam, semalam.

Manakala, Calon Pas bagi Dun Kupang, Johari Abdullah; Calon Pas Bagi Dun Bayu, Mahmud Yaakob dan Calon BN bagi Dun Kuala Ketil, Mohd Khairul Azhar Abdullah tidak hadir semasa majlis pengumuman itu.

Najmi berkata, beliau menerima keputusan itu dengan hati terbuka.

Ditanya mengenai kekalahannya itu, Najmi berkata, ia kemungkinan disebabkan oleh protes dalaman daripada penyokong Pas sendiri.

Abdul Azeez berkata, beliau bersyukur dan berterima kasih kepada rakyat Baling yang memberikan kepercayaan kepada BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini.

Menurutnya, dia akan memikul amanah dan tanggungjawab yang diberikan dan berjanji akan terus memberikan khidmat berterusan kepada rakyat.

“Setiap apa yang dijanjikan akan ditunaikan. Rakyat memberikan kepercayaan kepada kita. Justeru, kita akan berikan yang terbaik untuk rakyat,” katanya selepas majlis pengumuman keputusan itu.

Keputusan PRU bagi Parlimen Baling dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Abdul Shukor Abdul Ghani.

Bagi Dun Bayu, Datuk Azmi Che Husain dari BN berjaya menumpaskan Calon Pas, Mahmud dengan  majoriti 4,132 undi.

Bagi Dun Kupang, Harun Abdul Aziz dari BN turut berjaya menumpaskan calon Pas, Johari dengan majoriti 1,884.

Manakala bagi Dun Kuala Ketil, Mohd Khairul Azhar Abdullah dari BN tumpas kepada calon Pas, Md Zuki dengan majoriti 1,154 dan calon Kita, Datuk Dr G Krishnan hanya memperoleh 105 undi.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.