Najib Jemput Umat Islam Sertai Solat Hajat

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menjemput umat Islam menyertai majlis solat hajat untuk kemakmuran dan keamanan negara di Masjid Wilayah Persekutuan di sini, mulai 6 petang hari ini.

Najib-565x445“Semoga usaha ini akan beroleh keberkatan dan keredaanNya, Insya-Allah,” kata beliau dalam catatan terbaharu di laman Facebook.

Najib turut dijadual menghadiri majlis itu yang dianjurkan 1Malaysia For Youth dan masjid berkenaan.

Majlis akan dimulai dengan tazkirah serta ceramah, disusuli solat Maghrib, bacaan Yasin, solat Isyak dan solat hajat sebelum diakhiri dengan jamuan malam. – BERNAMA

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.