Najib ajak rakyat Sabah jadikan 5 Mei medan tolak pembangkang

KUALA PENYU – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak rakyat Sabah menjadikan pilihan raya umum 5 Mei ini sebagai medan untuk menolak pembangkang yang memutar belit isu keselamatan dan keamanan di Sabah sebagai satu sandiwara.

Datuk Seri Najib Tun Razak - Foto Bernama

Datuk Seri Najib Tun Razak – Foto Bernama

Najib menegaskan hanya Barisan Nasional (BN) yang mampu memberi jaminan berhubung soal keselamatan dan kedaulatan negeri Sabah.

“Rakyat Sabah harus menyatakan (tolak pembangkang) 5 Mei ini. Ini (kedaulatan Sabah) mesti dipertahankan kerana ia lebih besar daripada soal pembangunan, lebih besar daripada (janji) jalan tar yang dikotakan.

“…Ini bukan soal kerusi (kawasan) tapi soal maruah dan kedaulatan Sabah di bumi Malaysia yang BN berjanji tetap dipertahankan dengan nyawa sekalipun,” katanya ketika berucap pada majlis jerayawara Yayasan Sabah bersama rakyat di pekan Kuala Penyu di sini hari ini.

Majlis yang dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 8,000 rakyat pelbagai lapisan itu turut dihadiri Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah yang juga calon BN untuk Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun, calon kerusi Dun Klias, Isnin Aliasneh dan calon muka baharu Dun Kuala Penyu, Limus Jury. – Bernama

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.