Naib Presiden MCA desak pemilihan parti diadakan segera

KUALA LUMPUR – Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu mahu kepimpinan parti itu mempercepatkan proses pemilihan parti berikutan prestasi buruk parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Ahad lepas.
image (11)
Bekas Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu berkata pemilihan parti yang
segera boleh membendung pertikaian dalaman dan perpecahan dalam kalangan anggota parti.

“Biar ahli memilih kepimpinan baharu supaya mereka yang terpilih nanti boleh
merangka hala tuju parti,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Pada PRU13, MCA, yang ditubuhkan pada 1949, mengalami kekalahan paling teruk
dalam sejarah parti itu apabila hanya mampu memperoleh tujuh kerusi Parlimen dan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) daripada jumlah 127 kerusi yang dipertandingkan.

Pada PRU 2008, parti itu memperoleh 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi Dun. – Bernama

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.