Nahas MH370, MH17 tingkat pengurusan krisis

image (5)KUALA LUMPUR – Malaysia memperoleh banyak pengajaran tentang kepentingan komunikasi krisis, terutama berikutan kejadian kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 dan tragedi yang menimpa Penerbangan MH17 baru-baru ini.
   
Ketua pegawai eksekutif Intelectasia Consultancy Manminder Kaur Dhillon berkata berpandukan pengalaman itu, Malaysia mengorak selangkah lagi ke hadapan dalam wacana komunikasi krisis global dengan menjadi hos Persidangan Komunikasi Krisis Global (GC3) yang diadakan untuk julung kalinya pada tahun ini.
   
“MH370 tidak syak lagi membuka mata semua pihak tentang pentingnya bagi sesebuah negara atau pertubuhan sentiasa bersiap sedia dalam semua aspek komunikasi dalam menghadapi sesuatu krisis. Malah, ia merupakan satu kajian kes yang perlu diberi tumpuan oleh semua pengamal perhubungan awam (PR) di seluruh dunia.
   
“GC3 akan menjadi platform untuk ahli akademik, wartawan serta pakar komunikasi krisis tempatan dan asing daripada pelbagai industri untuk berkongsi pengalaman serta pendekatan yang diamalkan mereka serta pengalaman sebagai sumber rujukan yang amat bernilai,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
   
Persidangan pada 20 dan 21 November ini akan menghimpunkan 20 pakar terkemuka dunia, termasuk pengarang yang pernah memenangi anugerah dan tokoh komunikasi krisis terkenal Dr W. Timoothy Combs, bagi membincangkan secara mendalam pelbagai aspek berhubung komunikasi krisis. – Bernama

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.