Nahas Germanwings: Misi Mencari Diteruskan Hari Ini

SEBUAH helikopter ketika dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat Germanwings yang terhempas di pergunungan Alps Perancis. - Foto AP

SEBUAH helikopter ketika dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat Germanwings yang terhempas di pergunungan Alps Perancis. – Foto AP

SEYNE-LES-ALPES – Pihak berkuasa Perancis menangguhkan sementara misi mencari di lokasi nahas pesawat Germanwings yang terhempas di pergunungan Alps Perancis apabila tiba waktu malam yang menyukarkan usaha berkenaan di situ.

Perkhidmatan menyelamat polis tempatan, Leftenan Kolonel Simon-Pierre Delannoy berkata, keadaan pencarian di tapak nahas semakin sukar.

Helikopter berhenti membuat penerbangan kerana keadaan semakin gelap.

Katanya, misi pencarian dijangka diteruskan hari ini.

Pesawat Airbus A320 yang dikendalikan syarikat penerbangan tambang rendah anak syarikat Lufthansa, Germanwings terhempas dekat kawasan pergunungan Meolans-Revels dan pusat peranginan ski popular, Pra Loup di selatan Perancis ketika dalam perjalanan dari Barcelona ke Duesseldorf.

Kesemua 150 orang yang berada di dalam pesawat malang itu termasuk enam kru dilaporkan terkorban.

Mangsa termasuk dua kanak-kanak, dua penyanyi opera dan 16 pelajar sebuah sekolah di Jerman dan guru mereka yang pulang dari program pertukaran pelajar di Sepanyol. – Agensi

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.