Nad Zainal Akui Sudah Putus Cinta

Nad-Zainal-Nafi-Sekedudukan-Dengan-Teman-LelakiPelakon genit Nad Zainal mengakui bahawa dia sudah putus cinta dengan teman lelakinya yang juga merupakan seorang pelakon iaitu Azwan Kombos.

Pendedahan itu dibuat menerusi program Melodi semalam di mana dia turut enggan memberi sebarang komen lanjut mengenai gosip yang mendakwa Azwan masih lagi menganggunya di lokasi penggambaran.

“Saya tak boleh komen hal itu. Bagi saya perkara itu terlalu personal. Saya harap ianya tidak diperbesarkan. Cuma lebih jelas lepas ini saya tidak mahu dikaitkan antara satu sama lain,” katanya yang enggan mendedahkan punca mereka putus cinta.

Skandal-Artis-Nad-Zainal-dan-Azwan-Kombos-Berkhalwat-300x225Pelakon berusia 24 tahun yang sering kali dilabel dengan gelaran Mila Kunis Malaysia itu menafikan mereka putus cinta disebabkan kehadiran insan ketiga dalam hubungan pasangan terbabit. – MNH

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.