Mustahil Umno sertai Pakatan Rakyat

KOTA BHARU – Mustahil untuk Umno menyertai Pakatan Rakyat (PR) walaupun dipelawa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyifatkan ideologi pertubuhan itu ketinggalan zaman.

Md Alwi Che Ahmad

Md Alwi Che Ahmad

Setiausaha Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, cadangan yang dilihat menguntungkan sebelah pihak itu dibuat tanpa penelitian sewajarnya.

“Umno sebuah parti besar yang juga kumpulan majoriti dalam negara, sedangkan PR sebaliknya, jadi bagaimana kumpulan besar ini dapat menyertai kumpulan kecil.
“Tambahan pula, PR bukan parti sebaliknya hanya sebuah pakatan,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.
Md Alwi yang juga Adun Kok Lanas berkata demikian ketika mengulas cadangan Nik Abdul Aziz kepada Umno kerana menyifatkan ideologi parti itu sudah ketinggalan zaman.
Menepis dakwaan Umno dan BN ketinggalan zaman, Md Alwi berkata, isu itu tidak timbul, malah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu membuktikan perjuangan parti itu masih relevan apabila berjaya memenangi 12 kerusi Dun berbanding enam kerusi pada PRU12.
Sambil menyambut baik di atas cadangan tersebut, Md Alwi berkata, pihaknya sentiasa mengambil cadangan rakyat demi memajukan Kelantan.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.