Mustahil batal program!

KEMALANGAN meragut nyawa mendiang Marco Simoncelli di Litar Sepang tahun lalu. Gambar kecil, Milton Poh meninggal dunia di Litar Sepang minggu lalu.

KEMALANGAN meragut nyawa mendiang Marco Simoncelli di Litar Sepang tahun lalu. Gambar kecil, Milton Poh meninggal dunia di Litar Sepang minggu lalu.

Putrajaya: Pihak pengurusan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) perlu memastikan tahap keselamatan litar dipertingkatkan bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berulang pada masa hadapan.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, kementerian tidak pernah berkompromi mengenai aspek keselamatan dalam mana-mana acara sukan.
Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan tidak akan membatalkan program sukan permotoran yang sudah dijadual berlangsung walaupun mengetahui ia mungkin mendatangkan pelbagai risiko kepada pelumba.

Katanya, kerajaan tidak boleh membuat keputusan membatalkan perlumbaan permotoran yang dijalankan di litar itu secara terburu-buru memandangkan sukan itu mempunyai kelompok peminatnya tersendiri.
“Mustahil kerajaan membatalkan program sukan permotoran kerana ia popular dan mendapat sambutan hebat masyarakat tempatan serta antarabangsa, belum sampai tahap kita membatalkan program walaupun berlaku kemalangan membabitkan kematian pelumba hujung minggu lalu.

Khairy Jamaluddin berkata, walaupun aspek keselamatan akan dipertingkatkan ke tahap tertinggi pada masa sama juga beliau mengingatkan sukan bermotor adalah sukan berisiko tinggi.
“Memang kita boleh pastikan ia berada di tahap tertinggi seperti dalam piawaian antarabangsa malah SIC sendiri sudah mematuhi peraturan antarabangsa dari segi keselamatan, namun kemalangan perkara yang tetap akan berlaku dalam sukan walaupun kita cuba elakkan.

“Bagaimanapun, semestinya kita berasa sedih dan mengucapkan takziah kepada keluarga pelumba yang maut dalam kemalangan di SIC baru-baru ini,” katanya.
Ditanya mengenai pusat akuatik Sukan Malaysia (SUKMA) 2014 yang berlangsung mulai Jumaat ini, beliau berkata, ia perlu mendapat kelulusan Persatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) sebelum dapat digunakan.
“Selepas mendapat kelulusan dan pengesahan mengikut piawaian yang selamat, kolam renang itu boleh digunakan untuk SUKMA,” katanya.
“Sehubungan itu, kementerian akan meminta tahap keselamatan di SIC dipertingkatkan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berulang pada masa hadapan kerana kita tidak akan sekali-kali berkompromi mengenai aspek berkenaan,” katanya semalam.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.