Mukhriz tersepit antara bapa dan bos

41b3e0b5c151993e0eb810393a0a17b4

Ditelan mati emak, diluah mati bapa.

Mungkin itulah dilema Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz ketika bapanya Tun Mahathir Mohamad menyerang keras Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Seorang wakil rakyat BN di Kedah memberitahu berkata, selepas pertemuan khas dengan pemimpin-pemimpin penting parti itu di Alor Setar semalam, Mukhriz dilihat “serba salah dan tersepit”.

Katanya, ia membuatkan Mukhriz “berhati-hati” mengeluarkan kenyataan demi menghormati Najib selaku orang nombor satu kerajaan dan bapanya, tokoh Umno paling berpengaruh.

“Beliau perlu mengeluarkan kenyataan dalam situasi menang-menang, ambil pandangan semua pihak supaya perdana menteri tak terasa, Tun (Dr Mahathir) pun tak terasa.

“Kenyataan itu yang menjadi satu keputusan yang konsensus, bukan keputusan seorang diri. Di Kedah ini, sensitif sikit kerana Dr M ada pengikut yang ramai. Salah sebut (sikit, penyokong) Dr M akan terasa.

“Bukan mudah, banyak sudut kena fikir termasuk kesan dalam pilihan raya kecil nanti,” kata wakil rakyat itu yang enggan namanya disebut ketika dihubungi Malaysiakini hari ini. – Malaysiakini

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.