Muka Taikun Terkena Dakwat Hitam

Subrata-Roy-565x318NEW DELHI – Muka Pengerusi Kumpulan Sahara, Subrata Roy terkena dakwat hitam yang dicurahkan seorang peguam, Manoj Sharma semasa dia tiba di Mahkamah Tinggi di sini semalam.

Sebuah stesen televisyen di India menyiarkan gambar muka Roy yang dipenuhi dakwat hitam itu.

Beberapa anggota polis kemudian bergegas membawa masuk Roy ke dalam mahkamah selepas kejadian itu berlaku.

“Saya membaling dakwat itu kerana dia seorang pencuri. Dia merompak wang daripada penduduk miskin,” kata Sharma.

Sharma kemudian dipukul oleh beberapa penyokong Roy sebelum dia ditangkap polis.

Roy menghadiri pendengaran kesnya berhubung kes penipuan pelaburan yang menyebabkan dia berhutang lebih AS$3.5 bilion (RM11.47 bilion) kepada para pelaburnya. – Agensi

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.