Muhammad Ridhwan serah diri tanding PRU13?

PERAI – Presiden Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah, Datuk Seri Muhammad Ridhwan Sulaiman yang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya semalam dikatakan meminati bidang politik dan kemasyarakatan.

Muhammad Ridhwan Sulaiman

Muhammad Ridhwan Sulaiman

Beliau dikatakan berkempen dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan di Dun Perai sejak 2010 banyak menggunakan platform pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Beliau juga berkawan rapat dengan Ketua Pemuda Umno Cawangan Perai, Iqbal Kader Ghani. Katanya, walaupun berkawan dengan Muhammad Ridhwan lebih empat tahun lalu tetapi mereka lebih rapat sejak dua tahun lalu apabila sering turun menghulurkan bantuan, terutama kepada orang miskin.

“Ridhwan kerap turun padang bertemu orang miskin dan menghulurkan bantuan,” katanya.

Menurutnya, walaupun lama mengenali Muhammad Ridhwan, beliau hanya berhubung dengannya jika ada program atau majlis yang memerlukan pembiayaan atau sumbangan.

“Saya minta sumbangan daripada pelbagai pihak tetapi Muhammad Ridhwan adalah dalam senarai teratas dari segi memberi bantuan. Banyak juga sumbangan yang dia bagi untuk menjayakan program di kawasan ini termasuk di masjid dan surau,” katanya.

Difahamkan Muhammad Ridhwan akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 sebagai calon bebas Dun Perai.

Ketika ditanya sama ada pernah menceritakan hal peribadi atau perniagaannya sepanjang persahabatan mereka, Iqbal berkata tidak pernah dan tidak terlintas di dalam hati untuk bertanya.

“Apa yang saya tahu, dia adalah seorang peguam dan ada pejabat di bahagian pulau. Dia ada sebuah rumah di Taman Inderawasih, Perai dan kalau tidak silap mempunyai enam anak. Tapi dia lebih kerap berada di Kuala Lumpur dan rumahnya selalu tiada penghuni,” katanya.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.