Mubarak Tekad Bantu BN Rampas Semula Selangor

SHAH ALAM – Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Selangor bertekad untuk membantu mengembalikan Selangor kepada Barisan Nasional (BN) pada PRU14 akan datang.

Tan-Sri-Abu-Hassan-OmarYang Dipertuanya, Tan Sri Abu Hassan Omar berkata, Mubarak bersedia memberi komitmen sepenuhnya kepada BN dalam menjayakan misi itu.

“Mubarak telah membuat satu resolusi dan kita telah serahkan resolusi itu kepada Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor (Datuk Seri Noh Omar) hari ini (semalam).

“Antara kandungan resolusi itu ialah kesanggupan kita untuk memberi kerjasama kepada Badan Perhubungan Umno (Selangor) selain membantu jentera Umno keseluruhannya agar BN mampu memenangi PRU akan datang,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia Selangor Ke-11.

Abu Hassan, yang juga bekas Menteri Besar Selangor, berkata pihaknya yakin Selangor mampu ditawan sekiranya ada usaha berganda bagi mengembalikan kepercayaan rakyat kepada BN dan parti itu perlu memperoleh sokongan padu anggotanya serta semua pihak.

“Walaupun anggota Mubarak terdiri daripada kalangan individu berusia tetapi kami semua mempunyai semangat juang yang tinggi untuk terus bersama BN dalam misi menawan Selangor,” tambahnya. – BERNAMA

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.