Moyes, Ryan Giggs bertengkar?

Moyes (kanan) dan Giggs dikatakan tidak sebulu berhubung soal metode dan teknik latihan Manchester United musim ini.

Moyes (kanan) dan Giggs dikatakan tidak sebulu berhubung soal metode dan teknik latihan Manchester United musim ini.

MANCHESTER United bukan sahaja alami konflik di atas padang berikutan prestasi yoyo setakat ini, tetapi melibatkan hubungan dingin antara pengurus, David Moyes dan pemain senior, Ryan Giggs.

Giggs dikatakan tidak sependapat berkaitan metode sesi latihan yang dikendalikan Moyes kerana menilai corak diterapkan kurang sesuai dengan karakter The Red Devils.

Pemain berusia 40 tahun yang merangkap sebagai penolong pelatih semakin jarang terlibat dalam pertandingan dan hanya beraksi 19 perlawanan sepanjang musim ini.

Laporan Mirror menyebut, spekulasi perselisihan antara Giggs dengan Moyes ini telah disiarkan dalam majalah peminat United menjelang perlawanan melawan Liverpool di Old Trafford, Ahad lalu.

Begitu pun, hingga kini belum ada komentar daripada Moyes mahupun Giggs mengenai khabar angin berkenaan.

Namun, satu sumberdari dalam kelab mengatakan, seorang pemain United mendakwa  spekulasi ini ‘benar-benar omong kosong’.

Difahamkan, sejumlah ‘orang penting’ dalam kelab menentang cara kerja Moyes dan sedang membahas kemungkinan memecat individu yang pernah dicadangkan oleh bekas pengurus, Sir Alex Ferguson.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.