Motosikal pelajar disita

KULIM – Polis trafik menahan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun yang cuba melarikan diri dengan motosikal jenis Yamaha RXZ di Jalan Kilang Lama kira-kira jam 3.30 pagi kelmarin.

Motosikal suspek yang disita. Dalam bulatan: suspek bagaimanapun dibebaskan.

Motosikal suspek yang disita. Dalam bulatan: suspek bagaimanapun dibebaskan.

Suspek yang bersekolah dan tinggal di Baling itu dilihat berada di tepi jalan bersama beberapa rakan lain dalam keadaan mencurigakan.

Ketika polis trafik menghampirinya, suspek bertindak melarikan diri, bagaimanapun berjaya dipintas.

Dari pemeriksaan dijalankan, mendapati suspek tidak mempunyai lesen dan cukai jalan motosikalnya sudah tamat tempoh.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ghuzlan Saleh berkata, suspek dibawa balik ke balai untuk disaman sebelum diserahkan kepada Jabatan Pencegahan dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ), Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kulim.

“Dari pemeriksaan, nombor pendaftaran digunakan adalah palsu. Memandangkan tidak ada sebarang laporan tentang kehilangan terhadap motosikal itu, polis mengambil tindakan menyita.

“Suspek memaklumkan dia tidak memiliki geran asal motosikal sejak ia dibeli dua bulan lalu dengan RM600,” katanya.

Ghuzlan menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati apabila membeli motosikal dari rakan sekiranya ditawarkan harga murah.

Ini kerana ia mungkin merupakan motosikal curi.

Katanya, polis akan mengambil tindakan serius terhadap sesiapa yang memiliki motosikal curi.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.