MLM 2013 Beri Populariti Kepada Saya – Abam Bocey

boceySalah seorang ahli kumpulan Bocey teruja apabila diberi peluang untuk berlakon dalam filem terbaru arahan Krishnan Roy, berjudul ‘Aku Akan Muncul’.

Menurut Abam, dia tidak sabar menunggu reaksi daripada peminat memandangkan ini merupakan filem pertamanya.

“Sebaik sahaja saya diberikan  tawaran berlakon saya terus terima kerana saya rasa ini adalah peluang untuk mengembangkan bakat saya… Lagipun tak salah saya mahu timba pengalaman.

“Perasaan memang sangat gementar malah saya juga tertanya-tanya apakah reaksi peminat terhadap lakonan saya, maklumlah lebih-lebih lagi ini merupakan filem pertama saya,” katanya ketika ditemui pada malam gala filem ‘Aku Akan Muncul’ pada Rabu.

Selain itu, Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan memberitahu tidak ada timbul isu dengki di antara ahli kumpulan Bocey berkaitan dengan kerjaya lakonannya.

“Sebenarnya penggambaran filem ini dibuat sebelum saya dikenali sebagai kumpulan Bocey lagi… Tambahan pula saya dah beritahu awal-awal kepada Fard dan Achey mengenai pembabitan saya dalam filem tersebut.

“Mereka tiada masalah malah mereka juga turut sama membantu untuk mempromosikan filem ini,” ujarnya.

Di samping itu pelawak ini juga menceritakan perubahan terbesar selepas memasuki program Maharajalawak Mega 2013 (MLM2013).

“Selepas menyertai MLM2013, Alhamdulillah rezeki saya semakin bertambah malah orang ramai juga sudah mula mengenali saya.

“Saya sendiri tidak sangka akan jadi begini… Kadang-kadang bila saya tengah makan pun ada peminat tegur dan mahu mengambil gambar.

“Sedikit pun saya tidak rasa terganggu malah lebih gembira dan hargai peminat saya,” katanya.

Filem ‘Aku Akan Muncul’ ini dibintangi oleh Musly Ramli, Dato Jalaludin Hasan, Abam Bocey dan ramai lagi.

Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam berhampiran bermula pada 27 Februari ini.

Jadi, apa tunggu lagi, jom kita saksikan sedikit sedutan darpada filem seram ini dibawah!

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.