Mitsubishi Triton satu kabin baru

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), Pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi Motors di Malaysia secara rasmi melancarkan Triton satu kabin  dengan tawaran 2.8 liter diesel 4×4 manual.

Mitsubishi Triton

Mitsubishi Triton

Triton baru berkenaan mampu menghasilkan kuasa 97PS pada 4,000 rpm dan tork maksimum 198 Nm pada 2,000rpm.

Dijual pada harga RM 70,409.60 (tanpa insurans) di Semenanjung Malaysia, kenderaan pikap berkenaan di tawarkan dengan warna putih.

Manakala harga bagi Sabah dan Sarawak masing-masing ialah RM 71,221 dan RM 71,372.50.

Untuk penghantaran kuasa yang lebih lancar, Triton dipadankan dengan transmisi 5-kelajuan manual dengan sistem Pilihan Mudah Mitsubishi 4WD yang membolehkan pemandu bertukar dari pacuan dua roda (2WD) kepada pacuan empat roda (4WD) ketika kelajuan sehingga 100 kilometer sejam.

Pelanggan turut akan menikmati waranti tiga tahun atau 100,000 kilometer dan juga pakej penyelenggaraan percuma dua tahun.

Untuk prestasi Triton 2.8L diesel suntikan terus ini disepadankan dengan peringkat kualiti diesel dalam negara dan mengurangkan risiko kerosakan enjin.

Untuk maklumat lanjut, layari www.mitsubishi-motors.com.my.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.