Minat ular sejak berusia enam tahun

Ashraf sedang bermain dengan ular tedung selar.

Ashraf sedang bermain dengan ular tedung selar.

KULIM – Minat mendalam terhadap reptilia berbisa, kini menjadi sebahagian sumber pendapatan sampingan bagi seorang anak muda, di sini.

Menurut Ashraf Mohamad, 27, dia mula meminati aktiviti menjinakkan ular sejak berusia enam tahun dan pernah dipatuk binatang berbisa itu.

“Ketika umur saya enam tahun saya pernah dipatuk ular, namun ia tak mematahkan semangat saya untuk terus mendekati haiwan tersebut.

“Saya juga ingin menghiburkan orang ramai kerana bukan semua orang berani untuk menghampiri binatang berbisa ini apatah lagi untuk menyentuhnya.

“Jadi saya mula melakukan persembahan bersama ahli kumpulan lain sejak tahun lalu dan melakukan secara sambilan di waktu cuti,” katanya.

Tambahnya, mengendalikan ular berbisa seperti tedung selar dan senduk memang memerlukan daya tumpuan yang tinggi.

“Kebanyakan ular yang saya dan rakan jinakkan adalah spesies berbisa dan memerlukan teknik-teknik tertentu supaya kita tidak diserang atau dipatuk,” katanya.

Ashraf berkata, kesemua ular yang dimilikinya adalah hasil tangkapan bersama rakannya di kediaman serta sungai-sungai.

“Kami juga mendapatkan ular ini melalui tangkapan yang dilakukan di sungai atau ular sesat yang masuk ke rumah orang,” katanya.

Ashraf juga kini sering mengadakan persembahan menjinakkan ular di Taman Burung Kulim pada setiap hujung minggu bersama Persatuan Pencinta Eksotik Kulim.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.