Memiliki sepasang mata biru yang cantik dan berbulu putih bak salju, Coby sebenarnya merupakan kucing baka British Shorthair.
Uniknya ia telah mengumpul sejumlah 310,000 pengikut di laman sosial bergambarInstagram sejak ditubuhkan oleh pemiliknya, Ogos tahun lalu.
Sehingga kini tidak diketahui di mana Coby dan pemiliknya tinggal kerana tiada sebarang informasi dikongsikan oleh tuannya itu di laman sosial tersebut.
Hanya dengan menulis bio: “Saya suka tuna, berkongsi selimut dan bermain dengan patung itik di tab mandi”, menggambarkan personaliti si comel ini yang sangat cheekydan manja.
0 comments