Michael Schumacher akhirnya sedar

image (11)JUARA tujuh kali sukan permotoran Formula Satu dikhabarkan telah pun sedar dari koma yang dialaminya sejak akhir tahun lalu.

Dalam satu kenyataan yang dipetik melalui The Telegraph, jurucakap rasmi bagi Schumacher, Sabine Kehm memberitahu bahawa belia telah pun meninggalkan Grenoble Hospital untuk menyambung sesi terapi dan pemulihannya.

Namun menurut kenyataan tersebut lagi, perkembangan terbaru mengenai lokasi terkini lagenda Formula Satu itu tidak diberitahu.

Michael Shcumacher, 44, dilaporkan berada dalam keadaan  koma selepas kepalanya mengalami kecederaan teruk akibat kemalangan ketika sedang bermain ski di pusat peranginan Pergunungan Alps, Perancis, pada Disember lalu.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.