#MH370: Usaha Mencari Ke Lautan Andaman, Ratusan KM Dari Lokasi Asal

fgfdKuala Lumpur – Usaha mencari pesawat MAS #dimanaMH370 diperluaskan ke Lautan Andaman, iaitu ratusan kilometer menghala barat laut dari tempat asal pencarian.

AFP melaporkan, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman berkata, pesawat dan kapal laut kini sedang membuat pencarian di bahagian selatan Lautan Andaman.

“Ya, Sumatera adalah di Lautan Andaman,” katanya kepada AFP ketika diminta mengesahkan sama ada kapal milik kita sudah berada di Lautan Andaman untuk mencari MH370.

“Ia adalah kawasan yang luas untuk dicari. Kita tidak akan melepaskan apa juga peluang untuk mengesan pesawat itu.

“Kita akan melihat pada semua kemungkinan,” katanya. – AFP

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.