#MH370 Tidak Dikesan Di Ruang Udara Kazakhstan

mas-kapal1-565x376ALMATY – Pihak berkuasa Kazakhstan semalam memberitahu bahawa pihaknya tidak mengesan sebarang pencerobohan ruang udara negara itu olah mana-mana pesawat pada 8 Mac lalu.

Pengumuman tersebut menafikan teori kemungkinan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang pada tarikh tersebut dilencongkan ke koridor Utara melalui Thailand.

Pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal itu hilang dari radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur, Malaysia menuju ke Beijing, China.

Radar tentera mendapati pesawat itu berpatah balik sebelum melintasi Semenanjung Malaysia.

Jawatankuasa Penerbangan Awam Kazakhstan dalam satu kenyataan memberitahu bahawa sekiranya pesawat tersebut melintasi ruang udara negara itu ia sudah pasti dapat dikesan. – Reuters

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.