MH370: Tangkis laporan negatif media asing

image (7)KUALA LUMPUR – Kementerian Luar dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia diminta bertindak segera menangkis laporan tidak tepat mengenai Malaysia yang tidak henti-henti dilaporkan media antarabangsa.

Datuk Seri Azalina Othman Said (BN-Pengerang) berkata kedua-dua kementerian itu perlu memainkan peranan lebih proaktif mempertahankan imej negara supaya dunia tidak berterusan melabel dan melihat Malaysia sebagai negara pengganas.

“Kita kena ambil tindakan, takkan mereka boleh tuduh kita sama ada secara langsung dan tidak langsung seolah-olah kita negara yang kononnya ala keganasan tetapi kita tidak menjawab.

“…kita mesti jawab di peringkat antarabangsa sebab ini imej negara,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2013) 2014 bagi bacaan kali kedua peringkat dasar pada persidangan Dewan Rakyat di sini.

Azalina berkata laporan tidak bertanggungjawab itu seolah-olah mengaitkanjuruterbang pesawat MAS MH370, Kapten Zaharie Ahmad Shah dan pembantunya Fariq Abdul Hamid dengan tindakan berunsur subversif perlu dihentikan demi maruah negara.

Katanya, kerajaan melalui kedua-dua kementerian berkenaan perlu bertindak tegas terhadap media antarabangsa seperti itu kerana kebanyakan laporan mereka dibuat tanpa kajian mendalam, sebaliknya hanya agresif membuat laporan untuk menarik tontonan ramai.

“Bagaimana nak buat laporan yang baik kalau sebut nama perdana menteri pun salah. Jadi saya mohon kementerian bertanggungjawab di peringkat antarabangsa membuat kenyataan segera mengenai keadaan Malaysia yang sebenarnya.

“Tolong Menteri Luar dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, bantulah negara supaya imej tidak terus tercalar,” katanya.

Sebagai tanda simpati dan membela nasib juruterbang dan pembantunya itu, Azalina menggesa pembangkang bersatu bersama kerajaan menangani tragedi kehilangan pesawat MH370 agar negara luar dan media antarabangsa tahu kesepakatan seluruh rakyat dalam mempertahankan maruah negara.

Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) berkata tragedi kehilangan MH370memberi banyak iktibar kepada negara, khususnya dalam menangani laporan mediaantarabangsa yang seboleh-bolehnya mahu menggambarkan Malaysia sebagai sarangpengganas.

Samsul Anuar berkata kerajaan dan kementerian bertanggungjawab perlu merangka sesuatu bagi memperbetulkan tanggapan itu kerana sejarah telah membuktikan pelabelan sebegitu kepada beberapa negara lain sebelum ini telah membuka jalan kepada negara kuasa besar masuk dan menjajah negara berkenaan.

“Laporan sebegitu perlu ditangani segera kerana cukup bahaya. Banyak negara telah dijajah atas alasan awal ia dilabel sebagai negara pengganas…dan saya cukup bimbang perkara itu berlaku kepada Malaysia,” katanya.

Pesawat MH370, yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing danmembawa 239 penumpang serta anak kapal, hilang pada 8 Mac kira-kira sejamsetelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41tengah malam

Pada 24 Mac lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkanbahawa Penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.