MH370: Selebriti China Kutuk Kerajaan Malaysia

masKini sentimen anti Malaysia semakin berleluasa di Tanah Besar China apabila sebilangan besar penduduknya menyalahkan kerajaan Malaysia di atas tragedi yang menimpa pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang dilaporkan berakhir di selatan Lautan Hindi.

Semalam juga telah diadakan protes oleh ahli keluarga penumpang dari China di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di sana.

Terbaharu, menurut laporan Beijing Youth Daily, kebanyakan selebriti kelahiran China menyelar tindakan kerajaan Malaysia yang dikatakan memyembunyikan maklumat mengenai MH370 selain mempersoalkan kelembapan misi mencari dan menyelamat (SAR) yang dijalankan oleh negara.

Antaranya aktor Liu Ye mempersoalkan kenapa kerajaan lambat mengatakan pesawat itu berpatah balik menyebabkan semua operasi SAR terpaksa bertumpu di Laut China Selatan.

liu-yeNamun, seperti yang dimaklumkan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, operasi SAR sebelum ini tertumpu di Laut China Selatan berikutan penemuan beberapa objek oleh satelit China sendiri yang menyebabkan pencarian lebih tertumpu di bahagian tersebut.

Jadinya, penduduk China perlulah membuang segala kesangsian dan tiada apa yang mahu disembunyikan oleh kerajaan Malaysia berhubung insiden tersebut.

Kalau mereka kehilangan ahli keluarga tersayang, rakyat Malaysia dan 12 warganegara lain pun kehilangan orang tersayang juga.

Kita faham penderitaan yang dialami mereka, namun janganlah sampai mengambil peluang ini untuk mewujudkan sentimen Anti Malaysia.

Bukannya kerajaan Malaysia dan pihak berkuasa tidak berusaha untuk mencari namun, sehingga kini penemuan positif berhubung insiden itu masih belum ditemui.

zhang-zi-yiNamun tak semua selebriti di sana berfikiran seperti Liu Ye, di mana pelakon China yang mencipta nama di Hollywood, Zhang Ziyi menyifatkan tragedi yang berlaku sangat menyayat hati malah mengucapkan salam takziah kepada semua ahli keluarga penumpang yang terlibat dalam insiden tersebut.

Apa-apa pun, di saat sukar ini perbanyakkan berdoa mengikut amalan agama masing-masing untuk kesejahteraan 239 nyawa yang masih belum diketahui nasibnya sehingga kini. – MNH

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.