MH370: Saya Nak Beritahu Anwar…Kalau Nak Main Politik Ada Batasnya

Hishamuddin-Hussein-hh_51298058-epa-20140326SHAH ALAM – Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyelar kenyataan tidak berasas Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengatakan bahawa kerajaan menyembunyikan maklumat kehilangan pesawat MH370.

Jelas Hishammuddin, jika benar dakwaan Anwar tersebut, ini bermakna kesemua 26 negara yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejak 8 Mac lalu turut menyorokkan maklumat serupa.

“Saya ingin beritahu Anwar, kalau kita sembunyi maklumat tidak mungkin 26 buah negara, 30 agensi antarabangsa dengan penggunaan pesawat tercanggih dunia termasuk radar serta satelit juga telah menyorok maklumat daripada pengetahuan dunia.

“Kalau hendak main politik ada had batasnya. Tergamakkah kita mengambil kesempatan politik dalam keadaan nyawa penumpang dalam pesawat itu masih tidak menentu?

“Tergamakkah kita berpecah-belah dalam dunia sekarang telah bersatu untuk melakukan sesuatu yang baik,” katanya yang dipetik melalui laporan sebuah akhbar tempatan hari ini.

Terdahulu, Akhbar Daily Telegraph yang beribupejabat di United Kingdom semalam menyiarkan kenyataan Anwar yang menuduh kerajaan menyembunyikan maklumat berhubung kehilangan MH370 dan mempersoalkan kegagalan sistem radar canggih Malaysia,Marconi.

Dalam perkembangan berkaitan, tuduhan Anwar tersebut turut diselar Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mengatakan bahawa Anwar sering menggunakan media antarabangsa untuk mencapai kepentingan politik peribadi beliau. – SINAR HARIAN

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.