#MH370: MAS Beri Saguhati Kepada Waris

MAS-2-565x376PUTRAJAYA – Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dilaporkan akan memberi saguhati kepada ahli keluarga dan waris kepada penumpang pesawat MH370 yang status kehilangannya masih menjadi misteri sehingga ke hari ini.

Menurut salah seorang ahli keluarga penumpang, Selamat Omar, pihak MAS akan memberikan saguhati dalam bentuk wang kepada semua ahli keluarga penumpang yang terlibat.

“MAS akan beri saguhati berbentuk wang dan MAS masih lagi memikirkan cara pengagihan itu,” katanya kepada Mynewshub ketika ditemui di lobi Hotel Everly, di sini, hari ini.

Selain itu, Selamat turut melahirkan perasaan kecewanya dengan pelbagai spekulasi yang ditimbulkan di media-media sosial berhubung insiden malang itu.

“(Pengguna) media sosial yang tak faham atau terkeliru tu jangan tulis yang bukan-bukan.

“Benda tu tak betul, tetap tak betul,” tegasnya lagi.

Anak Selamat, Muhammad Khairul Amri merupakan salah seorang daripada 227 penumpang yang menaiki pesawat MH370.

MH370 yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam12.41 pagi Sabtu lalu hilang dari radar 40 minit berlepas.

Penerbangan itu dijadualkan mendarat di Beijing pada jam 6.30 pagi hari yang sama. – MNH

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.