#MH370: Gambar 12 Krew Penerbangan MH370

krew-565x513

Setakat ini senarai nama krew cabin yang terlibat dengan pesawat MH370 sudah pun diketahui oleh orang ramai di luar sana.

Antara 12 anak kapal itu terdiri daripada Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, yang berpengalaman mengendalikan pesawat dan telah menyertai MAS sejak 1981 lagi.

Kapten Zaharie dibantu Pegawai Pertama, Fariq Abdul Hamid, 27, yang mula menyertai MAS sejak tujuh tahun lalu.

Selain itu, 10 lagi anak kapal terdiri daripada pramugara dan pramugari MAS iaitu Patrick Francis Gomes, Andrew Nari, Goh Sock Lay, Tan Ser Kuin, Wan Swaid Wan Ismail, Junaidi Mohd Kassim, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan, Ng Yar Chien, Foong Wai Yueng dan Tan Size Hiang.

krew1Pelakon terkenal, Fouziah Gous turut berkongsi gambar krew penerbangan yang terlibat dan ada di antaranya merupakan kenalan Fouziah ketika aktres itu bergelar pramugari MAS suatu ketika dahulu.

Fouziah-Gous1Fouziah bersama-sama dengan 30 juta rakyat Malaysia yang lain turut mendoakan kesejahteraan rakan-rakannya supaya segera dapat dijumpai dan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing dalam keadaan selamat.

Oleh: MNH

Kredit Foto: Instagram Fouziah Gous

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.