MH370 – “Encik Ali” Lelaki Iran Kini Sedang Dikesan

boeing-777-cockpit-603

PIHAK berkuasa juga kini sedang mengesan seorang lelaki warganegara Iran yang didedahkan namanya oleh seorang ejen pelancongan di Thailan sebagai orang yang membuat pembelian tiket bagi pihak dua penumpang yang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Kini diketahui dua penumpang itu menaiki pesawat MH370 pada awal pagi Sabtu lepas menggunakan pasport palsu.

Ejen berkenaan Benjaporn Krutnait memberitahu akhbar The Financial Times semalam, lelaki itu dikenalinya sejak tiga tahun lalu tetapi hanya diketahui dengan nama “Encik Ali”.

Ejen berkenaan menempah untuk lelaki Iran itu dua tiket ke Eropah pada 1 Mac lepas melalui penerbangan Qatar Airways dan Etihad.
Tiket itu kemudiannya terbatal kerana tidak dituntut oleh Ali.

Pada Khamis 6 Mac, Ali menghubungi Krutnait dan agen pelancongan itu menempah penerbangan Malaysia Airlines kerana itu tiket paling murah yang ada. Beliau menempah tiket itu melalui China Southern Airlines yang berkongsi kod penerbangan dengan MH370.

“Tidak ada bukti Encik Ali kenal dua lelaki yang menaiki pesawat (MH370) dengan pasport curi,” lapor The Financial Times.

Krutnait mendedahkan perkara itu kerana tidak yakin Ali ada kaitan dengan keganasan kerana tidak menempah secara khusus penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, sebaliknya meminta tiket termurah ke Eropah.

Kedua-dua penumpang misteri itu ditempah untuk penerbangan Kuala Lumpur ke Beijing sebelum meneruskan penerbangan ke Amsterdam sebelum masing-masing ke Frankfurt dan Copenhagen.

Azharuddin dalam sidang media pada Isnin malam turut menegaskan siasatan ke atas rakaman visual pergerakan dua penumpang misteri itu menunjukkan semua protokol keselamatan di KLIA telah dipatuhi.

Oleh itu, siasatan pihak berkuasa berhubung dua pasport curi yang digunakan untuk menaiki pesawat MH370 itu kini bertumpu kepada aspek penglibatan sindiket pemalsuan pasport.

Beliau juga mengesahkan, selepas meneliti rakaman dan foto, dua penumpang berkenaan bukan lelaki Asia. – MNH

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.