MH370: Beijing Tidak Kecewa Dengan KL, Media Barat Mengapi-Apikan Sentimen! – Duta

MH370CHINESEEMBASSY_020414_TMIAFIF_003_huang_huikang_540_370_100

Duta China ke Malaysia Huan Huikang berkata kerajaannya tidak memendam kekecewaan ke atas tindakan Malaysia dalam menangani krisis MH370.

Bercakap dalam satu sidang media hari ini, beliau menyalahkan media Barat kerana membangkitkan sentimen waris penumpang warga China.

“Sesetengah media Barat memainkan peranan yang mengaibkan. Mereka menerbitkan berita palsu, menjadi batu api, dan turut menyebar khabar angin.

“Ini boleh menganggu semangat anggota keluarga dan merosakkan hubungan baik antara China dan Malaysia. Kita menentang keras perkara ini.”

Duta berkenaan turut menyelar pengguna Internet dan selebirit China yang mengutuk Malaysia berhubung kehilangan pesawat tersebut.

yakin hubungan China dengan Malaysia akan bertambah erat walaupun rakyatnya mengkritik dan marah terhadap Putrajaya dalam mengendalikan tragedi MH370.
Huang berkata kerajaan republik tersebut menghargai dan berbesar hati dalam usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia dalam mencari pesawat hilang tersebut.

“Kami tidak pernah kata China marah, kami tidak pernah kata China tidak berpuas hati dengan perkembangan setakat ini,” kata beliau di Kedutaan China di Kuala Lumpur hari ini.

Huang menjelaskan sebaliknya China memandang ke hadapan untuk mengeratkan lagi hubungan serta kerjasama dalam banyak bidang dengan Malaysia.

“Tahun ini, ulangtahun ke-40 tahun hubungan erat China-Malaysia.

“Malaysia dan China adalah keluarga, rakan baik, sahabat dan jiran. Kita telah bekerjasama membentuk usaha mencari terbesar sekali dan akan meneruskan kerjasama hingga MH370 ditemui,” kata beliau.

Huang bagaimanapun berkata kemarahan dirasai oleh keluarga penumpang China adalah “semulajadi dan logik” berikutan kehilangan orang yang tersayang.

“Oleh itu, kita perlu mengambil langkah untuk menenangkan, memahami dan membantu mereka.

“Taklimat akhbar setiap hari oleh (pemangku Menteri Pengangkutan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein menunjukkan kerajaan Malaysia tidak menyembunyikan sebarang maklumat.

“Penduduk China akan ingat usaha yang besar diambil oleh Malaysia dalam menghadapi kejadian ini,” kata Huang.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.