MH370: Anwar cuba dikambinghitamkan

KAJANG – Setelah lapan hari operasi mencari dan menyelamat pesawat penerbangan MAS MH370 yang gagal dikesan sejak Sabtu, kerajaan didakwa cuba mengaitkan pemimpin pembangkang dengan insiden tersebut.

image (2)

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib mendakwa, kerajaan pusat cuba mencari alasan lain termasuk menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR terlibat dalam insiden tersebut.

“Saya fikir mereka tiada modal, tindakan itu tidak wajar menuduh dengan sewenang-wenangnya.

“Jika seorang penyokong PKR itu bersalah, maknanya ramai lagi penyokong PKR dalam jentera kerajaan, guru, polis dan agensi kerajaan lain yang bersalah,” katanya kepada Sinar Harian Online di Balai Raya Awam, Kg Sg Kantan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan sepatutnya mampu mendapatkan maklumat tentang pesawat misteri itu kerana mereka mempunyai kelengkapan canggih dan agensi risikan tempatan yang diiktiraf dunia.

“Sepatutnya mereka boleh mendapatkan satu jawapan itu, tak payah mereka menuding jari kepada orang lain,” katanya.

Malah Muhammad juga menyifatkan tindakan kerajaan BN sebagai tidak adil apabila serbuan ke atas kediaman Kapten Zaharie Ahmad Shah semalam itu didakwa kerana beliau adalah penyokong tegar PKR.

“Kalau setakat menyiasat tak apalah, tetapi tanpa mempunyai bukti kalau hendak dikaitkan dengan parti dan Datuk Seri Anwar, saya fikir itu tidak adil,” katanya lagi.

Semalam, polis menyerbu rumah juruterbang pesawat MH370 selepas pengesahan Datuk Seri Najib Razak pesawat itu secara sengaja ditukar haluannya.

Zaharie dikatakan mempunyai sebuah simulator penerbangan yang besar di rumahnya di Sekysen 13, Shah Alam.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.