MH370: Ada ‘Missed Call’ Penumpang Indonesia?

aziz-kaprawi-565x376BATU PAHAT: Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Aziz Kaprawi (gambar) pada Ahad menafikan menerima laporan daripada keluarga Indonesia yang mendakwa mereka telah menerima beberapa panggilan tidak dijawab (missed call) daripada Firman Candra Siregar yang merupakan salah seorang penumpang penerbangan MH370.

Beliau menjawab laporan portal berita Indonesia dalam talian yang memetik adik mangsa, January Siregar sebagai berkata bahawa beliau mendapat ‘panggilan tidak dijawab’ itu pada 11 dan 13 Mac daripada adiknya melalui Skype di iPad selepas pesawat hilang pada 8 Mac.

Abdul Aziz berkata, kerajaan tidak mendengar mengenai perkara itu daripada pihak berkuasa Indonesia.

Beliau juga menggesa orang ramai supaya tidak mempercayai semua yang mereka baca di portal berita kerana maklumat yang disiarkan kadang-kadang tidak disahkan, belum disahkan dan boleh mengelirukan.

“Semua perkembangan terkini dan maklumat mengenai MH370 dihantar kepada ahli-ahli keluarga mangsa dan juga melalui taklimat harian oleh Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan pihak berkuasa berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan kempen senyuman di pasar tani Parit Raja, di sini, Ahad.

Portal dalam talian itu juga melaporkan bahawa January menunggu jawapan daripada kerajaan Malaysia dan MAS mengenai laporan beliau kepada pihak berkuasa mengenai perkara itu. – MSTAR ONLINE

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.