Messi sukar dirantai

Guardiola mengakui Messi sememangnya sukar dirantai pergerakannya.

Guardiola mengakui Messi sememangnya sukar dirantai pergerakannya.

PENGENDALI Bayern Munich, Pep Guardiola menyifatkan penyerang Barcelona, Lionel Messi pemain terbaik di dunia selepas meledak dua gol membantu pasukan menewaskan pelawat 3-0 pada saingan separuh akhir pertama Liga Juara-Juara, di Nou Camp, awal pagi semalam.

Jelasnya, walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk mengekang pergerakannya, namun penyerang kelahiran Argentina itu tetap memiliki penyudahan sempurna.

“Mengekori rapat dan memastikan tiada ruang diberikan kepadanya, namun Messi tetap memiliki naluri pemusnah untuk meledak gol.

“Kami perlu memikirkan sesuatu untuk perlawanan timbal balik di laman sendiri, itu sudah pasti,” kata bekas pengendali Barca ini.

Messi telah menjaringkan 51 gol dalam semua pertandingan musim ini dan gandingannya bersama Neymar serta Luis Suarez berjaya mengumpul 108 gol.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.