Mesej berlaku keganasan ‎di Malaysia tidak benar

image (65)

SHAH ALAM – Khabar angin kononnya ada pihak yang menyeludup keluar senjata api untuk melakukan keganasan di negara ini tidak benar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya menafikan penyebaran mesej berkenaan.

“(Mesej itu) tak benar,” katanya ringkas ketika ditanya mengenai berita tersebut.

Rakyat Malaysia digemparkan mesej  melaluiWhatsApp yang mengatakan anggota polis dari Balai Polis Gemas berjaya menahan tiga orang penjenayah di perkampungan Sungai Londah, Negeri Sembilan, baru-baru ini.

Kononnya dalam mesej tersebut mereka dikesan polis di Sungai Kelamah selepas memandu sebuah kereta Proton Saga berwarna kuning dalam keadaan yang mencurigakan.

Setelah sedar diekori, suspek memecut laju kereta sambil berbalas tembakan dengan anggota polis.

Adegan itu berlaku selama 30 minit dan polis berjaya menahan kesemua suspek yang dipercayai warga tempatan.

Mesej itu turut mendakwa polis menemui empat laras raifal M16.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.