Menyamar jadi pelanggan Mak Nyah

 

RAHIMIN

RAHIMIN

BANDARAYA MELAKA – Anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) terpaksa menyamar sebagai pelanggan untuk menangkap lelaki berpakaian wanita yang menawarkan khidmat seks. Lebih melucukan, lelaki terbabit tidak sedar dia diperangkap, lantas menaiki kereta anggota penguat kuasa itu ke satu tempat terpencil kononnya untuk melakukan seks. Namun, sebelum tiba di tempat ditujui, lelaki berkenaan akhirnya ditahan anggota yang mempekenalkan diri. Itulah situasi yang berlaku dalam Operasi Cegah Jenayah Syariah dilakukan Jaim di dua lokasi berasingan di sekitar bandar ini. Ketua Pegawai Penguat Kuasa Jaim, Rahimin Bani berkata, tiga lelaki berpakaian wanita termasuk seorang yang tidak pernah insaf ditangkap 12 pegawai penguat kuasa kelmarin dan semalam. “Lelaki pertama ditangkap kira-kira jam 1 pagi kelmarin di Jalan Tun Ali, diikuti tangkapan kedua dibuat di sekitar tempat letak kereta Stadium Hang Jebat jam 3.30 pagi semalam. “Satu lagi tangkapan di Jalan Tun Ali kira-kira jam 5.15 pagi semalam,” katanya di sini, semalam. Rahimin berkata, pihaknya menggunakan strategi berbeza setiap kali keluar melakukan operasi supaya tidak dihidu lelak berpakaian wanita berkenaan. “Perkarangan letak kereta Stadium Hang Jebat dianggap sebagai port golongan berkenaan yang masih freshie dan baru berjinak-jinak dengan maksiat luar tabii. “Pegawai penguat kuasa Jaim terpaksa menyamar sebelum melakukan tangkapan yang sebelum itu turut membabitkan tawar-menawar,” katanya. Menurutnya, sebelum lelaki terbabit menaiki kereta pegawai yang menyamar pelanggan ke suatu tempat yang selamat untuk melakukan maksiat, dan ketika itulah tangkapan dilakukan. “Siasatan awal mendapati harga ditetapkan mereka sebanyak RM50 untuk ‘ringan-ringan’ dan RM70 untuk seks luar tabii. Rahimin berkata, ketiga-tiga lelaki terbabit ditahan mengikut Seksyen 72 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 kerana berlagak seperti perempuan yang jika sabit kesalahan boleh di denda RM1,000 atau enam bulan penjara.

Komen

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.